Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Friday 4 November 2011

Graduasi Tingkatan 6 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Allhamdulillah... Akhirnya selesailah sudah majlis graduasi SMKL 2011... Semua berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini... Seramai 107 orang graduan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas SMKL telah selamat 'berkonvokesyen' pada pagi tadi. Majlis telah bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh wakil daripada Tuan PPD Lundu. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pengetua SMKL Puan Hjh Haminah Bt Lek dan wakil daripada jiran kita SMK Sematan...

Walaupun sibuk dengan tugas merakam gambar-gambar sepanjang majlis tadi, saya sempat juga mendengar ucapan pembukaan daripada Tuan pengetua kita..... Mmmmmm... antara isi penting yang masih saya ingat... Tuan pengetua ada bercakap tentang visi dan misi.. Anda tahu apakah visi dan misi sekolah kita???... Diharap para graduan dan pelajar semua mempunyai VISI dan MISI dalam HIDUP!! barulah kita tidak hanyut dibawa 'arus'... Kita seharusnya mempunyai Matlamat dalam hidup.. apa yang kita nak capai dan apakah cara yang kita buat untuk mencapai matlamat yang kita target tu... Ceeewah macam saya pulak yang memberi ceramah hehe...

Beralih kepada ucapan Perasmian oleh wakil PPD pulak... yang saya paling ingat ialah - " anak-anak sekarang bergraduasi dengan hanya memakai jubah sahaja....kalau anak-anak hendak merasa memakai full set pakaian graduasi lengkap dengan 'square hat' ( topi empat segi yang ada rambu-rambu ).... anak-anak kena lah belajar sampai dapat diploma or degree or lebih tinggi lagi... yang penting anak-anak kena usaha...  kejayaan tidak datang berlenggang atau bergolek kepada kita... ( nota : ayat diolah mengikut ingatan saya )...

Kadang-kadang bagus juga ingatan saya ni.. ( bangga diri sikit hehe )..

Ok2...beralih kepada majlis tadi jom kita layan gambar la pulak... cakap banyak tak elok juga kalau tidak disertakan bukti kan... jom layaaaannnn...

Pendaftaran ibu bapa... ada ibu bapa yang datang seawal jam 7.30 pagi.. Terharu saya begitu bersemangat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka bergraduasi...


Barisan penyambut tetamu VIP... wah encem-encem semua nasib baik la semua dah berpunya kalau tak nak juga 'reserve' untuk makcik saya hehe...

wah-wah kacak gilak jubah ni... rasa-rasa pinjam dari MRSM ni.. betulkan saya kalau salah statement....


Ok sebelum acara bermula kita pakai jubah dulu yer...nasib ada PSS ada juga privasi diorang nak pakai jubah... hah sempat lagi posing.. cepat pakai jubah kita dah lewat ni..


Jeng-Jeng... Acara pun bermula dengan graduan berjalan penuh semangat (ala-ala berkawat KRS pulak ).. Muka mau garang bila berjalan..


dah penat-penat berjalan...nasib baik boleh duduk... duduk kejap nak tunggu VIP datang..


VIP yang ditunggu-tunggu datang dengan diiringi hulubalang yang gagah perkasa dan comel-comel. Berjalan di hadapan adalah pembawa 'Cokmar' majlis Graduasi kita...


Bungkusan 'cokmar' dibuka menandakan Majlis Graduasi bermula...


Pelajar berjalan menerima anugerah... Senyum sampai ke telinga tu...



Bila dah selesai semua acara...  jom kita bergambar beramai-ramai


Mak!! kami dah konvo!!! (bersorak dalam hati )


Aik... jeling jer ke?? Senyum la sikit sis...


HOOORAYYY.........


Amboi2... sampai 2 sijil awak ambil ya?? Exited bebenar nampak


Posing memosing...





Sporting betul Sir!!



Amboi... sampai tempat duduk VIP pon korang rembat...








No comments:

Post a Comment