Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Saturday 22 October 2011

Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!!

Assalamualaikum...

Sememangnya di mySMKL saya akan berkongsi apa sahaja dengan anda semua.. untuk kali ini post saya ala-ala motivasi sikit.. walaupon bukan kaunselor tetapi tetap nak bagi motivasi gak hehe..

Ok... sesuai dengan tajuk kali ini....Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!! Cuba anda renung-renungkan betul tak tajuk yang saya buat?? Cuba anda perhatikan di sekeliling anda, cuba anda tanya taukey2 kedai, Bos stesen minyak or contoh yang terdekat kawan-kawan anda atau yang lebih dekat lagi Mak dan Ayah anda.. adakah mereka pernah masuk U? hah walaupun tak masuk U tapi mereka tetap boleh jadi bos, ada rumah besar dan sekurang-kurangnya boleh beli kereta..

Macam pelik kan?, adakah saya hendak menggalakkan anda supaya jangan belajar?? Eh no, no, no! belajarlah sampai menara gading adik-adik semua... belajar penting.. tetapi buat yang dah cuba tapi tiada rezeki jugak untuk masuk U anda jangan gundah gulana.. anda belum GAGAL lagi dalam hidup hanya kerana tak masuk U..

Bagi anda yang tidak berpeluang masuk U, anda termasuk dalam golongan yang 'terpaksa bersusah payah sikit mendaki untuk sampai ke puncak'... Anda yang kurang menyerlah dalam bidang akademik hingga terpaksa masuk kolej kemahiran, giat mara atau kolej komuniti, jangan kecik hati,,, anda boleh mengatasinya!!

Macam mana pulak?? haaa sebenarnya tak penting anda belajar di mana, dapat belajar di mana, cara mana, universiti mana.... tapi yang paling PENTING anda jadi apa selepas belajar.. bukan universiti mana yang penting, bukan cikgu mana yang mengajar anda yang penting, tapi apa yang anda belajar, ilmu yang anda dapat boleh ke menjadikan anda cemerlang lalu berakhir menjadi manusia yang luar biasa itu yang diambil kira...

Takrifan 'berjaya' amat luas, so fikir-fikir kan lah jangan cepat putus asa hanya bila anda tidak dapat masuk U, yang penting sekarang usaha tangga kejayaaan! tetapkan matlamat untuk berjaya walau apa cara sekali pun. Matlamat yang kita tetapkan dalam hidup biar besar... sebab pencapaian sebenar kita biasanya bawah sikit dari matlamat yang besar itu... k

No comments:

Post a Comment