Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Monday 14 November 2011

GAMBAR KELAS TINGKATAN 5 & 6 2008...2008

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bertemu kita lagi dalam mySMKL... kan saya sudah beritahu yang saya suka berkongsi dengan anda semua.. So pada kali ini saya nak share gambar lama form 5 pulak...

  1. TINGKATAN 5A
  2. TINGKATAN 5B
  3. TINGKATAN 5C
  4. TINGKATAN 5D
  5. TINGKATAN 5E
  6. TINGKATAN 5F
  7. TINGKATAN 5G
  8. TINGKATAN 5H
  9. TINGKATAN 5I
Lepas tingkatan 5 saya nak share gambar tingkatan 6 2008 la pulak... diorang ni kalau nak ikut dah ramai yang ada family..yang dah kerja best2 dah ramai tau...

TINGKATAN 6A1 2008

TINGKATAN 6A2

TINGKATAN 6A3

Ok... kalau anda berminat untuk mendownload gambar asal tingkatan 6... Sila klik link di bawah... :}0

GAMBAR KELAS TINGKATAN 4 2008...2008

Assalamualaikum dan selamat setiap hari...
Pada kali ini saya nak kongsi gambar kelas tingkatan 4 2008 pulak... sempena cuti ni daripada saya tido jer baik la buat pahala sikit dengan berkongsi kenangan dengan anda semua... feel free to download...

TINGKATAN 4  2008
TINGKATAN 4A
TINGKATAN 4B
TINGKATAN 4C
TINGKATAN 4D
TINGKATAN 4E
TINGKATAN 4F
TINGKATAN 4G
TINGKATAN 4H
TINGKATAN 4I
TINGKATAN 4J
TINGKATAN 4K 

Sunday 13 November 2011

TINGKATAN 3 2008...2008

Assalamualaikum.... salam sejahtera...
Dengan rasa bangga dan sambil tersenyum simpul... dipersilakan kepada sesiapa yang berkenaan untuk mendownload....
TINGKATAN 3  2008
TINGKATAN 3A
TINGKATAN 3B
TINGKATAN 3C
TINGKATAN 3D
TINGKATAN 3E
TINGKATAN 3F
TINGKATAN 3G
TINGKATAN 3H
TINGKATAN 3I
TINGKATAN 3J
TINGKATAN 3K 

TINGKATAN 2 2008..2008

Assalamualaikum... salam sejahtera semua...

TINGKATAN 2  2008
TINGKATAN 2A
TINGKATAN 2B
TINGKATAN 2C
TINGKATAN 2D
TINGKATAN 2E
TINGKATAN 2F
TINGKATAN 2G
TINGKATAN 2H
TINGKATAN 2I
TINGKATAN 2J
TINGKATAN 2K 
 

Gambar Kelas Tingkatan 1 2008...2008.. 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat bercuti semua... Sesi persekolahan 2011 dah tamat... fuh bermacam-macam pengalaman yang kita lalui sepanjang persekolahan 2011... ada pahit, manis, masin dan kelat pon ada hehe..

Ok sempena cuti panjang ni terfikir juga apa yang saya nak beri hadiah kepada anda semua... cari punya cari last-last ada juga hadiah... jeng..jeng...

Hadiah yang saya nak beri tak ada la mahal sangat tp agak berharga la hehe... Sempena cuti ni anda boleh la download gambar kelas 2008 sik apa la kalau yang dah ada... tapi buat yang masih belum ada lagi rajin2 la sedut yer...

TINGKATAN 1 2008
 TINGKATAN 1A
TINGKATAN 1B
TINGKATAN 1C
TINGKATAN 1D
TINGKATAN 1E
TINGKATAN 1F
TINGKATAN 1G
TINGKATAN 1H
 TINGKATAN 1I
TINGKATAN 1J
TINGKATAN 1K 
 

Friday 4 November 2011

Graduasi Tingkatan 6 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Allhamdulillah... Akhirnya selesailah sudah majlis graduasi SMKL 2011... Semua berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini... Seramai 107 orang graduan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas SMKL telah selamat 'berkonvokesyen' pada pagi tadi. Majlis telah bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh wakil daripada Tuan PPD Lundu. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pengetua SMKL Puan Hjh Haminah Bt Lek dan wakil daripada jiran kita SMK Sematan...

Walaupun sibuk dengan tugas merakam gambar-gambar sepanjang majlis tadi, saya sempat juga mendengar ucapan pembukaan daripada Tuan pengetua kita..... Mmmmmm... antara isi penting yang masih saya ingat... Tuan pengetua ada bercakap tentang visi dan misi.. Anda tahu apakah visi dan misi sekolah kita???... Diharap para graduan dan pelajar semua mempunyai VISI dan MISI dalam HIDUP!! barulah kita tidak hanyut dibawa 'arus'... Kita seharusnya mempunyai Matlamat dalam hidup.. apa yang kita nak capai dan apakah cara yang kita buat untuk mencapai matlamat yang kita target tu... Ceeewah macam saya pulak yang memberi ceramah hehe...

Beralih kepada ucapan Perasmian oleh wakil PPD pulak... yang saya paling ingat ialah - " anak-anak sekarang bergraduasi dengan hanya memakai jubah sahaja....kalau anak-anak hendak merasa memakai full set pakaian graduasi lengkap dengan 'square hat' ( topi empat segi yang ada rambu-rambu ).... anak-anak kena lah belajar sampai dapat diploma or degree or lebih tinggi lagi... yang penting anak-anak kena usaha...  kejayaan tidak datang berlenggang atau bergolek kepada kita... ( nota : ayat diolah mengikut ingatan saya )...

Kadang-kadang bagus juga ingatan saya ni.. ( bangga diri sikit hehe )..

Ok2...beralih kepada majlis tadi jom kita layan gambar la pulak... cakap banyak tak elok juga kalau tidak disertakan bukti kan... jom layaaaannnn...

Pendaftaran ibu bapa... ada ibu bapa yang datang seawal jam 7.30 pagi.. Terharu saya begitu bersemangat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka bergraduasi...


Barisan penyambut tetamu VIP... wah encem-encem semua nasib baik la semua dah berpunya kalau tak nak juga 'reserve' untuk makcik saya hehe...

wah-wah kacak gilak jubah ni... rasa-rasa pinjam dari MRSM ni.. betulkan saya kalau salah statement....


Ok sebelum acara bermula kita pakai jubah dulu yer...nasib ada PSS ada juga privasi diorang nak pakai jubah... hah sempat lagi posing.. cepat pakai jubah kita dah lewat ni..


Jeng-Jeng... Acara pun bermula dengan graduan berjalan penuh semangat (ala-ala berkawat KRS pulak ).. Muka mau garang bila berjalan..


dah penat-penat berjalan...nasib baik boleh duduk... duduk kejap nak tunggu VIP datang..


VIP yang ditunggu-tunggu datang dengan diiringi hulubalang yang gagah perkasa dan comel-comel. Berjalan di hadapan adalah pembawa 'Cokmar' majlis Graduasi kita...


Bungkusan 'cokmar' dibuka menandakan Majlis Graduasi bermula...


Pelajar berjalan menerima anugerah... Senyum sampai ke telinga tu...



Bila dah selesai semua acara...  jom kita bergambar beramai-ramai


Mak!! kami dah konvo!!! (bersorak dalam hati )


Aik... jeling jer ke?? Senyum la sikit sis...


HOOORAYYY.........


Amboi2... sampai 2 sijil awak ambil ya?? Exited bebenar nampak


Posing memosing...





Sporting betul Sir!!



Amboi... sampai tempat duduk VIP pon korang rembat...








Thursday 27 October 2011

GAMBAR KELAS TINGKATAN 6 ATAS & BAWAH 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi...
Hah berjumpa kita sekali lagi dalam acara download-mendownload ni... Kali ini saya bagi gambar abang dan kakak yang paling senior di sekolah pulak.. tetapi sebelum anda mendownload, anda sebagai 'budak besar' cuba renung-renung dan paham betul-betul maksud ayat ni...( kalau tak faham anda belum bersedia jadi budak besar lagi la )... " Manusia Tak Dinilai Oleh Apa Yang Dicapainya Semasa Di Alam Pembelajaran, Tapi Apa Yang Dia Jadi Hasil Dari Satu-satu Kemahiran "....

TINGKATAN 6A1 2011
TINGKATAN 6A2 2011
TINGKATAN 6A3 2011
TINGKATAN 6A4 2011
TINGKATAN 6B1 2011
TINGKATAN 6B2 2011
TINGKATAN 6B3 2011
TINGKATAN 6B4 2011 

GAMBAR KELAS TINGKATAN 4 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maaf dipinta kalau buat anda tertunggu-tunggu... bila la aku boleh tengok gambar kelas aku... macam mana la rupa geng-geng rapat aku tu.. Ok !! ni saya dah upload gambar kelas tingkatan 4 2011..
Hebah-hebahkan la dekat kawan-kawan anda kat sekolah tu... mana la tau diorang pon nak tengok gak gambar kelas diorang...

TINGKATAN 4A 2011
TINGKATAN 4B 2011
TINGKATAN 4C 2011 
TINGKATAN 4D 2011(bonus free stye)
TINGKATAN 4E 2011
TINGKATAN 4F 2011
TINGKATAN 4G 2011
TINGKATAN 4H 2011
TINGKATAN 4I 2011 
TINGKATAN 4J 2011 

Wednesday 26 October 2011

Gambar Kelas Tingkatan 5 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kita lagi di sini dan diharap anda sihat dan ceria.... bukan sihat yang biasa-biasa tetapi luarbiasa sihatnya...  faham sik maksud saya?  Sihat yang luar biasa means bukan setakat sihat tapi disebabkan sihat kita dapat membuat banyak benda dalam hidup nie.. kawan-kawan suka bergaul dengan kita, semua kerja dapat disiapkan mengikut jadual, mak pun bangga ada anak macam kita... dan banyak lagi la.... hah macam tu lah luar biasa sihat!...

Hehe saya bukan nak menulis pasal sihat sebenarnya.... Saja-saja je berkongsi sedikit pandangan tentang hidup ni. OK! sesuai dengan tajuk, pelajar tingkatan 5 yang hendak mendownload gambar kelas mereka silalah klik link di bawah... k

TINGKATAN 5A 2011
TINGKATAN 5B 2011
TINGKATAN 5C 2011
TINGKATAN 5D 2011
TINGKATAN 5E 2011
TINGKATAN 5F 2011
TINGKATAN 5G 2011
TINGKATAN 5H 2011
TINGKATAN 5I 2011 

Monday 24 October 2011

MASALAH adalah Rezeki, MASALAH membuka Peluang ????

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..
Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang paling anda tak suka?? haaaa... tanyalah sesiapa pun guru ke pelajar ke cikgu ke student ke mesti jawapan diorang sama jer.... ISNIN!!! saya pun sama la... bersusah payah nak bangun pagi tadi nak pergi kerja yer la kan baru lepas cuti mesti mood nak kerja@belajar tu susah nak dapat. Walaupun dalam keadaan malas dapat juga saya siapkan kerja-kerja yang berlambak atas meja tadi siap dengan sempat mengarang dalam blog ni lagi... hehehe jangan jeles saya ni pandai memotivasikan diri tau ala-ala Dr. Fadzilah Kamsah gitu. Ok2 xnak puji lebih kan lupa diri pulak... sekarang kita bincang tentang tajuk utama yang saya tulis dan cuba fahami maksud ayat tu dengan mendalam yer... k tarik nafassss... pejam mata dan start fikir... mmmm

Dah-dah... jangan fikir lama-lama sangat kan jem otak susah pulak hehe.. betul ke masalah adalah rezeki?? xpenah dengar?  Betul la tu!! Masalah adalah rezeki! Masalah Membuka Peluang!.. eh kalau macam tu kenapa ramai yang bersedih bila ada masalah?? haha diorang tu bukan tau apa-apa tentang hidup pun sebab tu bersedih bila ada masalah, diorang tak sedar ke hanya orang terpilih sahaja diberi masalah, rezeki tu tau... Nak contoh? ok... kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ni, kan masalah tu? tetapi masalah membuka peluang, dek masalah tu ramai orang menerima peluang menambah pendapatan, sampai sayur pun mahal, tapi siapa yang untung? orang jual sayur tu la.

Nak contoh lagi? k fine... masalah 'couple' plak, bercinta bagai nak rak... sampai panggil papa n mama terus pun ader ( ewwwww.... ) tiba-tiba mama lari ikut mat bangla plak...haduh kan masalah tu.. mulalah papa yang frust nak menangis la ( haha hilang kejantanan dek perempuan ), melaung la, termenung sana termenung sini... Tapi kalau Papa tu 'educated' dan dia tau yang masalah tu adalah rezeki n membuka peluang dia akan berfikiran positif... xcepat putus asa, maybe Tuhan nak tunjuk awal-awal yang mama dia tadi perempuan yang xlayak untuk dia, nasib baik baru couple kalau dah kahwin baru mama nak lari mau tak haru lelaki tu ditinggal dengan anak-anak yang tersusun macam gerabak kereta api tu.. Masalah membuka peluang bro! dengan clash dengan mama tadi si Papa akan berpeluang menjadi seorang yang tabah!, dia berpeluang 'improve skill' untuk takel awek-awek lain dia berlepuang nak cari yang lebih cantik dari mama dia yang lama.. peluang2..haha betul sik yang mek gitau tadi..

MASALAH tak semestinya masalah. Ia jadi amat masalah bila kita terlalu melihatnya sebagai masalah. Masalah tambah berserabut bila kita terlalu menyangka kita telah dijerat oleh masalah, dan kita bertambah kusut bila kita sangka tak ada jalan keluar dari masalah. Masalah kalau dilihat sebagai masalah selamanyalah berupa masalah dan akan menjadi masalah, tapi Masalah kalau dilihat sebagai peluang ia akan membuka banyak peluang!!!! fikir-fikir kan lah. k

Saturday 22 October 2011

GAMBAR KELAS TINGKATAN 2 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Terima kasih kerana sokongan anda mengunjungi mySMKL yang tidak seberapa nie, TQ2!!... Disebabkan anda menyokong saya, so semangat untuk handle blog ni makin bertambah walaupun sibuk... (kertas exam pon belum marking lagi haiya..) Sekiranya anda mempunyai pendapat atau apa-apa cadangan berkenaan mySMKL jangan malu2 jangan segan-segan tinggalkan komen @ mesej... saya memerlukan feedback daripada anda...

Di sini saya letakkan gambar kelas TINGKATAN 2 2011 untuk anda download dan print  bagi kenangan anda di SMKL.. bagi kelas-kelas lain diharap bersabar, sedikit masa lagi saya akan update untuk kelas anda pulak.. HAH.. sebelum saya terlupa InsyaALLAH saya akan updatekan juga koleksi GAMBAR-GAMBAR KELAS 2010 dan tahun sebelumnya yang terdapat dalam simpanan saya..SABAR!!!

GAMBAR KELAS TINGKATAN 2 2011
TINGKATAN 2A 2011 
TINGKATAN 2B 2011
TINGKATAN 2C 2011
TINGKATAN 2D 2011
TINGKATAN 2E 2011
TINGKATAN 2F 2011
TINGKATAN 2G 2011
TINGKATAN 2H 2011
TINGKATAN 2I 2011 (bonus 'free style'!!!)
TINGKATAN 2J 2011
TINGKATAN 2K 2011 

Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!!

Assalamualaikum...

Sememangnya di mySMKL saya akan berkongsi apa sahaja dengan anda semua.. untuk kali ini post saya ala-ala motivasi sikit.. walaupon bukan kaunselor tetapi tetap nak bagi motivasi gak hehe..

Ok... sesuai dengan tajuk kali ini....Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!! Cuba anda renung-renungkan betul tak tajuk yang saya buat?? Cuba anda perhatikan di sekeliling anda, cuba anda tanya taukey2 kedai, Bos stesen minyak or contoh yang terdekat kawan-kawan anda atau yang lebih dekat lagi Mak dan Ayah anda.. adakah mereka pernah masuk U? hah walaupun tak masuk U tapi mereka tetap boleh jadi bos, ada rumah besar dan sekurang-kurangnya boleh beli kereta..

Macam pelik kan?, adakah saya hendak menggalakkan anda supaya jangan belajar?? Eh no, no, no! belajarlah sampai menara gading adik-adik semua... belajar penting.. tetapi buat yang dah cuba tapi tiada rezeki jugak untuk masuk U anda jangan gundah gulana.. anda belum GAGAL lagi dalam hidup hanya kerana tak masuk U..

Bagi anda yang tidak berpeluang masuk U, anda termasuk dalam golongan yang 'terpaksa bersusah payah sikit mendaki untuk sampai ke puncak'... Anda yang kurang menyerlah dalam bidang akademik hingga terpaksa masuk kolej kemahiran, giat mara atau kolej komuniti, jangan kecik hati,,, anda boleh mengatasinya!!

Macam mana pulak?? haaa sebenarnya tak penting anda belajar di mana, dapat belajar di mana, cara mana, universiti mana.... tapi yang paling PENTING anda jadi apa selepas belajar.. bukan universiti mana yang penting, bukan cikgu mana yang mengajar anda yang penting, tapi apa yang anda belajar, ilmu yang anda dapat boleh ke menjadikan anda cemerlang lalu berakhir menjadi manusia yang luar biasa itu yang diambil kira...

Takrifan 'berjaya' amat luas, so fikir-fikir kan lah jangan cepat putus asa hanya bila anda tidak dapat masuk U, yang penting sekarang usaha tangga kejayaaan! tetapkan matlamat untuk berjaya walau apa cara sekali pun. Matlamat yang kita tetapkan dalam hidup biar besar... sebab pencapaian sebenar kita biasanya bawah sikit dari matlamat yang besar itu... k

Friday 21 October 2011

Gambar-gambar Kelas Tingkatan 3 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu lagi dalam 2nd post di mySMKL...  terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan mySMKL nie...  Ini adalah blog pertama!! dan saya tengah belajar lagi macam mana untuk handle blog nie dan 1 lagi kekurangan,  saya memang 'kureng' sikit dalam bab-bab mengarang cerita or dalam kata lain menulis ni... Tetapi demi untuk berbakti  ( berbakti ker??? ) kepada pelajar dan SMKL saya cuba juga untuk menulis.. harap-harap anda semua tak bosan la membaca post-post saya di sini yer...

Ok2....back to main topik.. dalam post yang kedua ni saya ada sediakan link-link untuk memuat turun or download gambar-gambar kelas tingkatan 3 2011. Dalam dunia yang serba canggih ni tak perlu lagi
saya nak jual-jual gambar kelas kepada pelajar, ( ye rr student nie suka merungut cakap cikgu jual mahal padahal RM 1 sekeping jerr diorang sekali topup RM 5 tak pe plak ) So kepada pelajar tingkatan 3 yang berminat boleh la mendownload dan print sendiri gambar kelas anda..

Ada yang tertanya-tanya kenapa saya hanya masukkan gambar tingkatan 3 sahaja??? hehe jangan risau, ni saja je nak 'test market'.... kalau ramai yang berminat dan mendapat permintaan saya akan beri anda gambar-gambar untuk kelas yang lain pula... feel free to comment and request!!! k.

Tingkatan 3A 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?s270ec7k9mpr8f1

Tingkatan 3B 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?s9py3furebq82tn

Tingkatan 3C 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?6n1ftwern26mnwc

Tingkatan 3D 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?zywficrb3rg0mdl

Tingkatan 3E 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?az1lm552n1b0kv2

Tingkatan 3F 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?tgcytlo8u6p1wy5

Tingkatan 3G 2011 ---------->   http://www.mediafire.com/i/?kijahpzpt9fo4t0

Tingkatan 3H 2011 ---------->   http://www.mediafire.com/i/?6hs0cgdka1mgrw0

 Tingkatan 3I 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?e1nn59i7clbi42k

 Tingkatan 3J 2011 ---------->   http://www.mediafire.com/i/?5pc4mhuvt2mpwcu

Tingkatan 3K 2011 ---------->    http://www.mediafire.com/i/?v726it2t51fekb7

Thursday 20 October 2011

Tulang belakang SMKL 2011


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi...

Assalamualaikum....  salam sejahtera.. 1st of all terima kasih kerana sudi singgah di mySMKL, untuk membaca serba sedikit tentang sekolah ini. Bermula dengan fb iaitu Diari smk Lundu, saya mengorak langkah untuk terlibat dengan blog pulak. Tujuan penghasilan blog ini hanyalah 1 iaitu BERKONGSI!! atau dalam bahasa Inggeris Sharing. Saya akan berkongsi apa sahaja ( pelajaran + aktiviti + isu semasa + lain2 ) kepada semua pengunjung mySMKL. Pelajar-pelajar SMKL terutama sekali rajin-rajin la jenguk blog nie.. InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa..

Pada mulanya sekolah ini menempatkan seramai 63 orang pelajar dan 11 orang, pelajar asrama, kesemuanya lelaki. SMK Lundu telah dibuka dengan rasminya oleh Tuan Yang Teramat Mulia Tuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abang Haji Openg pada tahun 1966.
Oppsss...lupa lak nak memperkenalkan tulang belakang sekolah kita nie ( untuk bukan student smkL la kalau student memang dah familiar )..   SMKL mengikut data teknik mempunyai seramai 130 orang guru..  Pelajar pulak seramai 1782 orang ( bagi tahun 2011 ) termasuklah tingkatan 6 atas dan bawah. Bilangan pelajar lelaki adalah seramai 828 orang manakala perempuan seramai 954.

Teraju utama (pengetua) ialah Pn Hjh Haminah Bt Lek...  hmmm baru-baru ni kita telah mendapat pengetua baru disebabkan Ummi yang tersayang telah berpindah ke sekolah lain. Daripada ummi, teraju utama kita dipegang pula oleh seorang ABAH (lelaki lerrr).. Pengetua kita yang baru ialah Tn Hj. Ismail B Jaya, mula memerintah pada 17/10/2011.. ensem + serius juga orangnya. Nanti saya update gambar dia. k