Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Thursday 20 October 2011

Tulang belakang SMKL 2011


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi...

Assalamualaikum....  salam sejahtera.. 1st of all terima kasih kerana sudi singgah di mySMKL, untuk membaca serba sedikit tentang sekolah ini. Bermula dengan fb iaitu Diari smk Lundu, saya mengorak langkah untuk terlibat dengan blog pulak. Tujuan penghasilan blog ini hanyalah 1 iaitu BERKONGSI!! atau dalam bahasa Inggeris Sharing. Saya akan berkongsi apa sahaja ( pelajaran + aktiviti + isu semasa + lain2 ) kepada semua pengunjung mySMKL. Pelajar-pelajar SMKL terutama sekali rajin-rajin la jenguk blog nie.. InsyaAllah saya akan update dari masa ke semasa..

Pada mulanya sekolah ini menempatkan seramai 63 orang pelajar dan 11 orang, pelajar asrama, kesemuanya lelaki. SMK Lundu telah dibuka dengan rasminya oleh Tuan Yang Teramat Mulia Tuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abang Haji Openg pada tahun 1966.
Oppsss...lupa lak nak memperkenalkan tulang belakang sekolah kita nie ( untuk bukan student smkL la kalau student memang dah familiar )..   SMKL mengikut data teknik mempunyai seramai 130 orang guru..  Pelajar pulak seramai 1782 orang ( bagi tahun 2011 ) termasuklah tingkatan 6 atas dan bawah. Bilangan pelajar lelaki adalah seramai 828 orang manakala perempuan seramai 954.

Teraju utama (pengetua) ialah Pn Hjh Haminah Bt Lek...  hmmm baru-baru ni kita telah mendapat pengetua baru disebabkan Ummi yang tersayang telah berpindah ke sekolah lain. Daripada ummi, teraju utama kita dipegang pula oleh seorang ABAH (lelaki lerrr).. Pengetua kita yang baru ialah Tn Hj. Ismail B Jaya, mula memerintah pada 17/10/2011.. ensem + serius juga orangnya. Nanti saya update gambar dia. k

No comments:

Post a Comment