Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Monday 24 October 2011

MASALAH adalah Rezeki, MASALAH membuka Peluang ????

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..
Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang paling anda tak suka?? haaaa... tanyalah sesiapa pun guru ke pelajar ke cikgu ke student ke mesti jawapan diorang sama jer.... ISNIN!!! saya pun sama la... bersusah payah nak bangun pagi tadi nak pergi kerja yer la kan baru lepas cuti mesti mood nak kerja@belajar tu susah nak dapat. Walaupun dalam keadaan malas dapat juga saya siapkan kerja-kerja yang berlambak atas meja tadi siap dengan sempat mengarang dalam blog ni lagi... hehehe jangan jeles saya ni pandai memotivasikan diri tau ala-ala Dr. Fadzilah Kamsah gitu. Ok2 xnak puji lebih kan lupa diri pulak... sekarang kita bincang tentang tajuk utama yang saya tulis dan cuba fahami maksud ayat tu dengan mendalam yer... k tarik nafassss... pejam mata dan start fikir... mmmm

Dah-dah... jangan fikir lama-lama sangat kan jem otak susah pulak hehe.. betul ke masalah adalah rezeki?? xpenah dengar?  Betul la tu!! Masalah adalah rezeki! Masalah Membuka Peluang!.. eh kalau macam tu kenapa ramai yang bersedih bila ada masalah?? haha diorang tu bukan tau apa-apa tentang hidup pun sebab tu bersedih bila ada masalah, diorang tak sedar ke hanya orang terpilih sahaja diberi masalah, rezeki tu tau... Nak contoh? ok... kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ni, kan masalah tu? tetapi masalah membuka peluang, dek masalah tu ramai orang menerima peluang menambah pendapatan, sampai sayur pun mahal, tapi siapa yang untung? orang jual sayur tu la.

Nak contoh lagi? k fine... masalah 'couple' plak, bercinta bagai nak rak... sampai panggil papa n mama terus pun ader ( ewwwww.... ) tiba-tiba mama lari ikut mat bangla plak...haduh kan masalah tu.. mulalah papa yang frust nak menangis la ( haha hilang kejantanan dek perempuan ), melaung la, termenung sana termenung sini... Tapi kalau Papa tu 'educated' dan dia tau yang masalah tu adalah rezeki n membuka peluang dia akan berfikiran positif... xcepat putus asa, maybe Tuhan nak tunjuk awal-awal yang mama dia tadi perempuan yang xlayak untuk dia, nasib baik baru couple kalau dah kahwin baru mama nak lari mau tak haru lelaki tu ditinggal dengan anak-anak yang tersusun macam gerabak kereta api tu.. Masalah membuka peluang bro! dengan clash dengan mama tadi si Papa akan berpeluang menjadi seorang yang tabah!, dia berpeluang 'improve skill' untuk takel awek-awek lain dia berlepuang nak cari yang lebih cantik dari mama dia yang lama.. peluang2..haha betul sik yang mek gitau tadi..

MASALAH tak semestinya masalah. Ia jadi amat masalah bila kita terlalu melihatnya sebagai masalah. Masalah tambah berserabut bila kita terlalu menyangka kita telah dijerat oleh masalah, dan kita bertambah kusut bila kita sangka tak ada jalan keluar dari masalah. Masalah kalau dilihat sebagai masalah selamanyalah berupa masalah dan akan menjadi masalah, tapi Masalah kalau dilihat sebagai peluang ia akan membuka banyak peluang!!!! fikir-fikir kan lah. k

No comments:

Post a Comment