Sekolah ku sekolah mu jua...

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, KM 2 Jln Lundu / Pandan, 94500 Lundu Sarawak

Terletak di daerah Lundu yang terdiri daripada pelbagai kaum 1 Malaysia. SMKL berlatar belakangkan Gunung Gading dan pemandangan hijau yang amat menenangkan..

Saturday, 29 October 2011

Thursday, 27 October 2011

GAMBAR KELAS TINGKATAN 6 ATAS & BAWAH 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi...
Hah berjumpa kita sekali lagi dalam acara download-mendownload ni... Kali ini saya bagi gambar abang dan kakak yang paling senior di sekolah pulak.. tetapi sebelum anda mendownload, anda sebagai 'budak besar' cuba renung-renung dan paham betul-betul maksud ayat ni...( kalau tak faham anda belum bersedia jadi budak besar lagi la )... " Manusia Tak Dinilai Oleh Apa Yang Dicapainya Semasa Di Alam Pembelajaran, Tapi Apa Yang Dia Jadi Hasil Dari Satu-satu Kemahiran "....

TINGKATAN 6A1 2011
TINGKATAN 6A2 2011
TINGKATAN 6A3 2011
TINGKATAN 6A4 2011
TINGKATAN 6B1 2011
TINGKATAN 6B2 2011
TINGKATAN 6B3 2011
TINGKATAN 6B4 2011 

GAMBAR KELAS TINGKATAN 4 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maaf dipinta kalau buat anda tertunggu-tunggu... bila la aku boleh tengok gambar kelas aku... macam mana la rupa geng-geng rapat aku tu.. Ok !! ni saya dah upload gambar kelas tingkatan 4 2011..
Hebah-hebahkan la dekat kawan-kawan anda kat sekolah tu... mana la tau diorang pon nak tengok gak gambar kelas diorang...

TINGKATAN 4A 2011
TINGKATAN 4B 2011
TINGKATAN 4C 2011 
TINGKATAN 4D 2011(bonus free stye)
TINGKATAN 4E 2011
TINGKATAN 4F 2011
TINGKATAN 4G 2011
TINGKATAN 4H 2011
TINGKATAN 4I 2011 
TINGKATAN 4J 2011 

Wednesday, 26 October 2011

Gambar Kelas Tingkatan 5 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kita lagi di sini dan diharap anda sihat dan ceria.... bukan sihat yang biasa-biasa tetapi luarbiasa sihatnya...  faham sik maksud saya?  Sihat yang luar biasa means bukan setakat sihat tapi disebabkan sihat kita dapat membuat banyak benda dalam hidup nie.. kawan-kawan suka bergaul dengan kita, semua kerja dapat disiapkan mengikut jadual, mak pun bangga ada anak macam kita... dan banyak lagi la.... hah macam tu lah luar biasa sihat!...

Hehe saya bukan nak menulis pasal sihat sebenarnya.... Saja-saja je berkongsi sedikit pandangan tentang hidup ni. OK! sesuai dengan tajuk, pelajar tingkatan 5 yang hendak mendownload gambar kelas mereka silalah klik link di bawah... k

TINGKATAN 5A 2011
TINGKATAN 5B 2011
TINGKATAN 5C 2011
TINGKATAN 5D 2011
TINGKATAN 5E 2011
TINGKATAN 5F 2011
TINGKATAN 5G 2011
TINGKATAN 5H 2011
TINGKATAN 5I 2011 

Monday, 24 October 2011

MASALAH adalah Rezeki, MASALAH membuka Peluang ????

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..
Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang paling anda tak suka?? haaaa... tanyalah sesiapa pun guru ke pelajar ke cikgu ke student ke mesti jawapan diorang sama jer.... ISNIN!!! saya pun sama la... bersusah payah nak bangun pagi tadi nak pergi kerja yer la kan baru lepas cuti mesti mood nak kerja@belajar tu susah nak dapat. Walaupun dalam keadaan malas dapat juga saya siapkan kerja-kerja yang berlambak atas meja tadi siap dengan sempat mengarang dalam blog ni lagi... hehehe jangan jeles saya ni pandai memotivasikan diri tau ala-ala Dr. Fadzilah Kamsah gitu. Ok2 xnak puji lebih kan lupa diri pulak... sekarang kita bincang tentang tajuk utama yang saya tulis dan cuba fahami maksud ayat tu dengan mendalam yer... k tarik nafassss... pejam mata dan start fikir... mmmm

Dah-dah... jangan fikir lama-lama sangat kan jem otak susah pulak hehe.. betul ke masalah adalah rezeki?? xpenah dengar?  Betul la tu!! Masalah adalah rezeki! Masalah Membuka Peluang!.. eh kalau macam tu kenapa ramai yang bersedih bila ada masalah?? haha diorang tu bukan tau apa-apa tentang hidup pun sebab tu bersedih bila ada masalah, diorang tak sedar ke hanya orang terpilih sahaja diberi masalah, rezeki tu tau... Nak contoh? ok... kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ni, kan masalah tu? tetapi masalah membuka peluang, dek masalah tu ramai orang menerima peluang menambah pendapatan, sampai sayur pun mahal, tapi siapa yang untung? orang jual sayur tu la.

Nak contoh lagi? k fine... masalah 'couple' plak, bercinta bagai nak rak... sampai panggil papa n mama terus pun ader ( ewwwww.... ) tiba-tiba mama lari ikut mat bangla plak...haduh kan masalah tu.. mulalah papa yang frust nak menangis la ( haha hilang kejantanan dek perempuan ), melaung la, termenung sana termenung sini... Tapi kalau Papa tu 'educated' dan dia tau yang masalah tu adalah rezeki n membuka peluang dia akan berfikiran positif... xcepat putus asa, maybe Tuhan nak tunjuk awal-awal yang mama dia tadi perempuan yang xlayak untuk dia, nasib baik baru couple kalau dah kahwin baru mama nak lari mau tak haru lelaki tu ditinggal dengan anak-anak yang tersusun macam gerabak kereta api tu.. Masalah membuka peluang bro! dengan clash dengan mama tadi si Papa akan berpeluang menjadi seorang yang tabah!, dia berpeluang 'improve skill' untuk takel awek-awek lain dia berlepuang nak cari yang lebih cantik dari mama dia yang lama.. peluang2..haha betul sik yang mek gitau tadi..

MASALAH tak semestinya masalah. Ia jadi amat masalah bila kita terlalu melihatnya sebagai masalah. Masalah tambah berserabut bila kita terlalu menyangka kita telah dijerat oleh masalah, dan kita bertambah kusut bila kita sangka tak ada jalan keluar dari masalah. Masalah kalau dilihat sebagai masalah selamanyalah berupa masalah dan akan menjadi masalah, tapi Masalah kalau dilihat sebagai peluang ia akan membuka banyak peluang!!!! fikir-fikir kan lah. k

Saturday, 22 October 2011

GAMBAR KELAS TINGKATAN 2 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Terima kasih kerana sokongan anda mengunjungi mySMKL yang tidak seberapa nie, TQ2!!... Disebabkan anda menyokong saya, so semangat untuk handle blog ni makin bertambah walaupun sibuk... (kertas exam pon belum marking lagi haiya..) Sekiranya anda mempunyai pendapat atau apa-apa cadangan berkenaan mySMKL jangan malu2 jangan segan-segan tinggalkan komen @ mesej... saya memerlukan feedback daripada anda...

Di sini saya letakkan gambar kelas TINGKATAN 2 2011 untuk anda download dan print  bagi kenangan anda di SMKL.. bagi kelas-kelas lain diharap bersabar, sedikit masa lagi saya akan update untuk kelas anda pulak.. HAH.. sebelum saya terlupa InsyaALLAH saya akan updatekan juga koleksi GAMBAR-GAMBAR KELAS 2010 dan tahun sebelumnya yang terdapat dalam simpanan saya..SABAR!!!

GAMBAR KELAS TINGKATAN 2 2011
TINGKATAN 2A 2011 
TINGKATAN 2B 2011
TINGKATAN 2C 2011
TINGKATAN 2D 2011
TINGKATAN 2E 2011
TINGKATAN 2F 2011
TINGKATAN 2G 2011
TINGKATAN 2H 2011
TINGKATAN 2I 2011 (bonus 'free style'!!!)
TINGKATAN 2J 2011
TINGKATAN 2K 2011 

Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!!

Assalamualaikum...

Sememangnya di mySMKL saya akan berkongsi apa sahaja dengan anda semua.. untuk kali ini post saya ala-ala motivasi sikit.. walaupon bukan kaunselor tetapi tetap nak bagi motivasi gak hehe..

Ok... sesuai dengan tajuk kali ini....Tak Masuk UNIVERSITI pon anda MASIH boleh BERJAYA!!! Cuba anda renung-renungkan betul tak tajuk yang saya buat?? Cuba anda perhatikan di sekeliling anda, cuba anda tanya taukey2 kedai, Bos stesen minyak or contoh yang terdekat kawan-kawan anda atau yang lebih dekat lagi Mak dan Ayah anda.. adakah mereka pernah masuk U? hah walaupun tak masuk U tapi mereka tetap boleh jadi bos, ada rumah besar dan sekurang-kurangnya boleh beli kereta..

Macam pelik kan?, adakah saya hendak menggalakkan anda supaya jangan belajar?? Eh no, no, no! belajarlah sampai menara gading adik-adik semua... belajar penting.. tetapi buat yang dah cuba tapi tiada rezeki jugak untuk masuk U anda jangan gundah gulana.. anda belum GAGAL lagi dalam hidup hanya kerana tak masuk U..

Bagi anda yang tidak berpeluang masuk U, anda termasuk dalam golongan yang 'terpaksa bersusah payah sikit mendaki untuk sampai ke puncak'... Anda yang kurang menyerlah dalam bidang akademik hingga terpaksa masuk kolej kemahiran, giat mara atau kolej komuniti, jangan kecik hati,,, anda boleh mengatasinya!!

Macam mana pulak?? haaa sebenarnya tak penting anda belajar di mana, dapat belajar di mana, cara mana, universiti mana.... tapi yang paling PENTING anda jadi apa selepas belajar.. bukan universiti mana yang penting, bukan cikgu mana yang mengajar anda yang penting, tapi apa yang anda belajar, ilmu yang anda dapat boleh ke menjadikan anda cemerlang lalu berakhir menjadi manusia yang luar biasa itu yang diambil kira...

Takrifan 'berjaya' amat luas, so fikir-fikir kan lah jangan cepat putus asa hanya bila anda tidak dapat masuk U, yang penting sekarang usaha tangga kejayaaan! tetapkan matlamat untuk berjaya walau apa cara sekali pun. Matlamat yang kita tetapkan dalam hidup biar besar... sebab pencapaian sebenar kita biasanya bawah sikit dari matlamat yang besar itu... k